Mudahnya Mengira Cukai Dibidang Perkhidmatan
eBook ini memberi panduan kepada usahawan dibidang perkhidmatan (service) bagaimana hendak mengira cukai. Langkah demi langkah ditunjukkan bermula dari merekod jualan dan perbelanjaan. Langkah sesudah itu ialah bagaimana hendak mencari untung kasar dan pendapatan kasar, diikuti dengan pendapatan atau kerugian larasan, perbelanjaan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan diikuti dengan mengira pendapatan berkanun, pendapatan aggregat dan jumlah pendapatan. Setelah mendapat jumlah pendapatan anda akan dipandu bagaimana hendak mendapatkan pelepasan cukai, seterusnya mengira cukai pendapatan. Yang menariknya pengiraan ini dibantu dengan kod supaya mudah untuk mencari jika anda hendak membaca atau meneruskan pengiraan. Ikut panduan, in sha Allah mengira cukai menjadi mudah dan cepat.